PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Followers

Thursday, February 9, 2012

dunia twitter.

sekarang dah malas nak scrolling down tunggu loading tweet orang yang bawah-bawah.
setakat baca atas-atas balas retweet pastu dah tutup.
bukan apa.kekadang ada tweet kalau kita baca tu menyakitkan hati,paling tidak pun.kadang-kadang orang tu tak mention kita.or sarcasm or anythin.tapi orang lain yang baca boleh terasa.sudah tentu anda yang mempunyai acc twitter merasai perkara yang sama bukan?

twitter dah tak macam dulu lagi dah.honestly speaking.saya buat twitter pada awal febuari 2010.hampir 2tahun sudah.kalau dulu saya nak cakap apa semua lepas je kat twitter.sebab tak ramai and tak ada orang yang kenal baca twitter sendiri..akan tetapi dewasa ini segalanya agak berlainan sedikit.

kalau kau lepaskan sikit.tak pasal-pasal orang yang tak sepatutnya terasa dan mengurangkan pergaulan mesra diluar sana. this is not good. sebab tu saya berpendapat twitter sekarang semakin hangat.hangat bermakna hentam menghentam orang dah jadi perkara biasa.perli sana perli sini sudah menjadi rutin di timeline.

dan paling tak tahan kalau kat timeline bukan main manusia lepas geram sana sini cakap pergi mati pergi mampus   
geram tak sudah.perli sana sini tapi kat luar alim-alim kucing.diam je.sopan je.manis je.kan dah hilang kemanisan bila kat dalam twitter dok memerli orang lain tak pun mentempiaskan geram dia dalam twitter.tetapi kat luar pijak semut pun tak mati.

saya cakap ni dulu saya pernah buat juga.tapi paling tidak pun saya memang seorang yang berjiwa hardcore dan gila-gila sedikit.jadi tidak hairan lah sekiranya dahulu tweet saya sangat tak masuk akal and bla bla bla.

umur dah masuk 21.fikiran haruslah matang.berkongsi pendapat tidak salah.tetapi berhenti lah melepaskan geram anda cakap fuck fukima' vodo vavi shitttty semua tu.itu semua sangat tak matang.orang dengar pun boleh timbul perception "orang ni kenapa?tak ada adab?" 

dan tidak kurang juga orang yang suka show off2 ni.haduh dunia.memang tidak lekang dengan harta dan kekayaan.kene fikir juga orang lain yang tidak berkemampuan macam diri kau. sebagai contoh "HADOH TAK SABAR NAK BELI HOUSING IPHONE BARU" ///"UNTONG LAH KAU ADA IPHONE BB AND BLA BLA BLA"
"YEAY BAPAK NAK BELIKAN KERETA" // "UNTONG LAH BAPAK KAU NAK BAGI KERETA" dalam hati.kau ada?
haaaaaaa kan dah jadi macam bermegah-megah.dan riak timbul disitu,secara tidak langsung orang yang memerli tu akan fikir "tak perlu nak tunjuk sangat kau pakai bb iphone kereta tu lah ni lah bla bla bla."yang ni pulak dok memerli serupa macam  iri hati dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah bagi" you got what i mean aite?

situasi ni sering kali muncul.cuma hanya diri kita sendiri sahaja yang kurang sedar atau tidak sedar..

tak salah bertwitter.cuma mari lah bersama-sama kita buang sikap2 sedemikian.am not telling you that i am perfect enough.but i am just sharing my thought because am in the process to change.so peace! thank you.:)

1 comment:

NurZalwani said...

BETOLL!!! (terpaksa caps lock )
memang ada ponnn. hewhew.
I pakai henpon murah jew. so I terasa dengan beliau. #kbai :/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...